Friday, June 27, 2008

apa dah jadi ni....

assalamualaikum semua...
baru saja sehari sebelum USM menerima pelajar baru, sudah ada khabar angin yang mengatakan ada pelajar senior me`ragging` pelajar baru...entahlah,penulis pon agak terkejut apabila mengetahui berita ini....penulis mendapat tahu bahawa seorang pelajar iaitu Faizal (seorang ahli PMIUSM)...beliau telah menerima satu SMS...SMS tersebut mengatakan yang ada pelajar senior membuli pelajar tahun 1...perkara pertama yang penulis fikirkan adalah berita ini sama sekali karut dan tidak boleh dipercayai...ada beberapa persoalan yang timbul...penulis bukan tak mahu percaya tetapi memang SMS itu langsung tidak boleh dipercayai...persoalan pertama: Mengapa hanya ahli PMIUSM yang menerima SMS tersebut?...dan beliau bersungguh-sungguh memberitahu PPMS...dan ada maklumat mengatakan yanag beliau ingin memanjangkan SMS tersebut ke Harian Metro...mengapa ya?..persoalan kedua:pelajar senior yang menguruskan pelajar2 baru buat masa ini ialah PPMS sendiri..adakah PPMS terfikir untuk membuli pelajar2 baru?..PPMS telah menjalani kursus yang lengkap dan diri mereka telah terdidik dengan satu sifat yang murni...adakah SMS tersebut disebarkan oleh individu yang ingin menjatuhkan imej PPMS?..dan adakah ahli PMIUSM sendiri yang menyebarkan SMS palsu tersebut?...ooppsss,penulis tidak menuduh...jauh sekali untuk memfitnah..penulis hanya mengagak mengikut akal fikiran penulis...kepada individu yang menyebarkan SMS palsu tersebut, sedarlah bahawa perbuatan anda amat tidak bermoral...penulis merasa amat kesal kerana di saat orang lain bertungkus-lumus menaikkan nama universiti, masih ada sekelompok manusia yang ingin memburukkan nama USM....tidakkah individu tersebut terfikir apa kesan yang akan timbul jika SMS palsu tersebut tersebar...pasti suasana sewaktu pendaftaran nanti akan menjadi huru hara....siapa sebenarnya yang mentebarkan SMS palsu ini?apa motifnya?fikir-fikirkan......

Wednesday, June 25, 2008

Tahniah USM!!!!!

assalamualaikum pembaca semua...
penulis rasa sangat2 bersyukur kerana telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa untuk menimba ilmu di USM...pencapaian2 yang membanggakan oleh universiti tercinta telah sedikit sebanyak membangkitkan rasa bangga dalam diri penulis sebagai mahasiswa USM...bukannya riak,tetapi...entahlah,mungkin warga USM tahu apa yang penulis rasakan..baru2 ini USM telah mengadakan pelancara SAINS@USM...SAINS atau nama ringkasnya Science and Arts Innovation Space telah dirasmikan oleh Tuanku Canselor USM sendiri, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalallail di Dewan Budaya USM...konsep SAINS@USM ialah untuk menggabungkan dua aliran yang berbeza, Sains dan Seni untuk menghasilkan satu konsep ilmu yang amat mengagumkan...apa yang penulis dapat simpulkan ialah apabila kita bersatu,kita semakin kuat dan dapat mencapai kemajuan dalam apa2 bidang...dalam SAINS@USM, aliran sains dan seni telah digabungkan....penulis amat berharap agar konsep ini dapat diterapkan ke dalam diri setiap mahasiswa USM...penulis berharap agar senua mahasiswa USM dapat bersatu bersama ASPIRASI UNIVERSITI agar universiti yang kita cintai akan menadi lebih terbilang...MAHASISWA BERSATU bersama ASPIRASI UNIVERSITI merupakan satu elemen yang paling penting dalam membentuk golongan mahasiswa yang sempurna dalam segala aspek...SALAM ASPIRASI UNTUK MAHASISWA BERSATU...

Tuesday, June 24, 2008

Fitnah itu berdosa besar

assalamualaikum buat pembaca-pembaca semua...
kali ini penulis ada satu kisah yang hendak disampaikan..semua orang tahu bahawa fitnah itu berdosa..penulis akui yang penulis tidak berapa arif tentang agama..tetapi penulis tahu bahawa fitnah itu berdosa besar..kerana fitnah orang yang tidak berdosa menjadi mangsa..kerana fitnah sesebuah tamadun boleh hancur..dan kerana fitnah juga lah isteri nabi SAW, Sayditina Aishah dicemuh...beberapa hari yang lalu seorang pegawai telah bermurah hati untuk membenarkan penulis dan sahabat2 penulis untuk menggunakan rumah beliau untuk satu majlis...kami menggunakan rumah pegawai tersebut untuk memasak dan menyediakan juadah..kalau tidak silap penulis, ada 10 orang lelaki dan 20 oarang lebih perempuan..kalau dari jauh memang nampak yang rumah pegawai tersebut dipenuhi perempuan..tetapi penulis berani mengatakan yang kami,lelaki dan perempuan langsung tidak bercampur..perempuan memasak di dapur dan lelaki duduk di ruang tamu dan di luar rumah..majlis tersebut berjalan dengan lancar..selang beberapa hari,pegawai tersebut ter `chat` dengan seorang hamba Allah..hamba Allah tersebut menuduh yang pegawai itu mengadakan aktiviti maksiat dengan membenarkan ramai perempuan masuk ke rumah beliau...astaghfirullahalazim..walhal,ketika itu pegawai tersebut tidak berada di rumah..beliau hanya pulang ke rumah ketika majlis tersebut hendak bermula...ini lah sikap sesetengah orang Islam...mereka langsung tidak tahu perkara sebenar tetapi tanpa berfikir panjang terus menuduh yang bukan2...kepada individu tersebut yang terbaca artikel ini,penulis harap dia sedar dan berjanji tidak akan mengulangi tindakan tersebut.. sedarlah bahawa fitnah itu lagi teruk daripada membunuh..agak2 siapa individu tersebut?fikir-fikirkanlah.....

Friday, June 20, 2008

selamat datang!!!!

assalamualaikum semua..
penulis minta maaf kerana sudah lama tidak upcate blog ini..
bukan apa,penulis telah pergi ke kursus persediaan untuk PPMS..
kepada semua mahasiswa USM, PPMS sudah tidak asing lagi..bukan mudah untuk menjadi seorang PPMS yang bertanggungjawab..ini kali pertama penulis mejadi PPMS..okay,penulis tidak mahu bercerita panjang berkenaan PPMS..apa yang penulis pentingkan di sisni ialah berkenaan kemasukan pelajar2 baru ke USM..penulis dengan rasa berbesar hati mengucapkan selamat datang kepada warga2 USM yang baru..anda semua sangat2 bertuah kerana telah terpilih untuk memasukai sebuah unoversiti yang terunggul dari segala aspek..apa yang penulis harapkan,pelajar2 baru telah menanamkan satu azam yang kuat untuk menimba ilmu dan membalas segala jasa kedua ibu bapa yang tercinta..bukan penulis tidak galakkan anda semua untuk menyertai mana2 aktiviti bukan akademik..aktiviti2 akademik juga amay pentinh sebagai satu nilai tambah buat diri adik2 semua..tetapi perlu diingatkan bahawa akdemik adik2 adalah perkara yang paling penting dan patut diutamakan...selamat tiba penulis ucapkan kepada adik2 semua...selamat menjadi warga USM yang memperjuangkan ASPIRASI universiti dan menaikkan nama universiti ke mata dunia..penulis akan tunggu kedatangan adik2 semua..insyallah..

Thursday, June 12, 2008

Astarghfirullahalazim......

sedih...penulis cukup sedih dengan situasi di Selangor sekarang ini. Sudahlah hak-hak keistimewaan orang melayu sudah tidak terbela, agam Islam yang suci ini pula semakin hari semakin berani dicabar oleh pemimpin pembangkang. Pada 9 Jun 2008, kerajaan Selangor telah meluluskan tuntutan ke-8 Interfaith Commission (IFC) yang menyatakan “kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.”

Penulis bukan hendak mempersoalkan hak kebebasan beragama yang diamalkan di Malaysia, tetapi sebagai sebuah negara Islam, dana dan segala hal-hal yang berkaitan dengan agama lain haruslah tidak melebihi atau sama dengan dana dan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Apa yang penulis amat-amat kesalkan ialah langsung tiada suara-suara lantang pemimpin-pemimpin Pas yang selama ini memperjuangkan Islam. Adakah mereka sanggup memperjudikan agama Islam semata mata kerana takut kuasa yang ada pada mereka sekarang akan hilang?

Bukan setakat itu, malah kerajaan Selangor juga telah mengharamkan Islam Hadhari. Mengharamkan Islam Hadhari, tetapi meluluskan projek babi dan menghapuskan had keluasan rumah ibadat agam bukan Islam. Adakah itu perjuangan PKR dan PAS di Selangor?Di mana maruah mereka? Ke mana arah perjuangan mereka sebagai seorang umat Islam?

Penulis mendapat tahu bahawa kerajaan Pulau Pinang akan menghapuskan peruntukan sebanyak RM 7 juta kepada umat Islam di Pulau Pinang. Apa tindakan Pemimpin Pas yang kononya memperjuangkan Islam? Apa reaksi pemimpin PKR yang secara jelasnya berbangsa Melayu dan Beragama Islam? Fikir-fikirkanlah....

Friday, June 6, 2008

Scema?

Scema.....anda semua tahu apa itu Scema? Penulis ada terbaca tentang Scema di laman web PMIUSM. Maklumat yang penulis tahu ialah Scema atau nama panjangnya Skuad Cegah Maksiat merupakan satu badan yang akan ditubuhkan di bawah pengurusan PMIUSM. Bagus betul cadangan penubuhan Scema ni. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan gejala maksiat yang semakin berleluasa di bumi Minden ni(penulis agak sahaja). Niat sudah baik, tetapi banyak persoalan yang bermain di dalam kantung pemikiran penulis. Bagaimana dengan struktur organisasi Scema? Siapa yang akan memantau aktiviti Scema? Bagaimana dengan jadual pergerakan ahli-ahli Scema? Adakah segala aktiviti Scema akan ditemani oleh wakil daripada Jabatan Keselamatan? Apa yang ditekankan hanyalah berkenaan dengan keahlian. Tidak pula diceritakan dengan terperinci apa itu Scema. Penulis tertanya-tanya adakah niat PMIUSM untuk menubuhkan Scema ini benar-benar serius? Mengapa Scema tidak diletakkan di bawah MPPUSM kerana MPPUSM merupaka satu pertubuhan yang begitu rapat dengan mahasiswa. Penulis tidak mahu ada sekelompok manusia yang berselindung di sebalik penubuhan Scema dan bertujuan untuk mengumpul pengaruh. Tahu-tahu saja lah bahawa palajar-pelajar baru akan mendaftar tidak lama lagi. Tambahan pula Pilihanraya kampus akan menyusul selepas itu. Penulis merupakan insan yang paling bersyukur jika penubuhan Scema benar-benar ikhlas bertujuan untuk membanteras gejala maksiat. Atau penubuhannya semata-mata strategi pihak PMIUSM untuk menghadapi PRK yang akan datang?Fikir-fikirkan.......

PETROL NAIK HARGA

Petrol...petrol..petrol...Petrol naik harga.Malam 4 JUN. Pak Lah mengumumkan bahawa petrol naik harga.Kenaikannya bukan sedikit, sebanyak 40% daripada harga yang sedia ada.Jika sebelum ini rakyat hanya perlu membelanjakan RM 1.91 untuk seliter petrol, kini nilai yang sama hanya cukup untuk 0.7 liter.Kenaikan yang sebegitu tinggi amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Mereka berpusu-pusu keluar untuk membeli bekalan petrol sebelum jam 12 tengah malam menjelma. Ramai pihak yang menjangkakan pihak pembangkang akan menggunakan isu ini untuk menghentam pihak Kerajaan. Adakah situasi menghentam pihak kerajaan oleh pihak pembangkang akan ditiru oleh "pembangkang" untuk menghentam"kerajaan" di dalam kampus? Dengan tarikh pilihanraya kampus yang dijangka akan berlangsung dalam bulan 9, pihak "pembangkang" kampus pasti akan menggunakan peluang keemasan ini untuk melebarkan pengaruh mereka.

Salah satu artikel di laman web PMIUSM telah pun menyentuh isu ini. Rakyat, khususnya Mahasiswa perlu faham tentang kenaikan harga petrol. Mereka tidak boleh secara membabi buta "menghangatkan" isu ini dan terus menyalahkan pihak kerajaan. Sebagai fakta,harga yang sepatutnya rakyat Malaysia bayar untuk seliter petrol ialah RM4. Harga dengan subsidi yang dinikmati oleh rakyat Malaysia ialah RM2.70 seliter. Jadi, sebanyak RM1.30 telah dibayar oleh pihak kerajaan. Jadi, mengapa rakyat Malaysia masih tidak bersyukur? Mengapa masih ramai yang merungut tentang kenaikan harga petrol? Dari buah fikiran penulis, rakyat Malaysia mudah merungut kerana sudah terlalu lama dimanjakan dengan pemberian subsidi sehinggakan apabila sedikit jumlah subsidi itu ditarik balik, mereka sudah tidak tentu arah. Sehinggakan perkara ini sering dipolitikkan. Adakah Kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat? Adakah pemberian subsidi itu bukan salah satu bentuk kebajikan yang disediakan oleh pihak kerajaan?

Salah satu blog yang penulis jumpa, qanunfiatdunia.blogspot.com dengan lantangnya mengutuk kerajaan berkenaan kenaikan harga petrol. Pelbagai "bukti"yang menunjukkan kerajaan menindas rakyat telah dipaparkan. Apakah tujuan mereka? Mengapa mereka sibuk menyediakan artikel yang menggambarkan pihak kerajaan menindas rakyat? Mengapa tiada satu pun artikel yang memaparkan strategi untuk mengatasi masalah ini? Apa yang mereka tahu hanyalah melontarkan "hentaman-hentaman" mereka tanpa memikirkan masalah ini. Jika penulis blog tersebut terbaca artikel ini, penulis teringin bertemu dengannya untuk membincangkan srategi-strategi untuk menurunkan kembali harga petrol. Kebiasaannya, orang yang memberi komen pasti ada cara untuk mengatasi masalah kerana golongan-golongan sebegini selalunya "pandai.

Suka atau tidak, harga petrol sudah naik. Penulis berharap rakyat Malaysia, khususnya MAHASISWA tidak mudah terpengaruh dengan mainan pihak pembangkang berkenaan isu ini kerana tujuan pihak-pihak "sana" cuma satu, untuk mendapatkan kuasa. Wahai para MAHASISWA, jangan terlalu mudah terpedaya dengan janji-janji pihak pembangkang.Mereka anya pandai bercakap. Fikir-fikirkan.....