Friday, June 6, 2008

Scema?

Scema.....anda semua tahu apa itu Scema? Penulis ada terbaca tentang Scema di laman web PMIUSM. Maklumat yang penulis tahu ialah Scema atau nama panjangnya Skuad Cegah Maksiat merupakan satu badan yang akan ditubuhkan di bawah pengurusan PMIUSM. Bagus betul cadangan penubuhan Scema ni. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan gejala maksiat yang semakin berleluasa di bumi Minden ni(penulis agak sahaja). Niat sudah baik, tetapi banyak persoalan yang bermain di dalam kantung pemikiran penulis. Bagaimana dengan struktur organisasi Scema? Siapa yang akan memantau aktiviti Scema? Bagaimana dengan jadual pergerakan ahli-ahli Scema? Adakah segala aktiviti Scema akan ditemani oleh wakil daripada Jabatan Keselamatan? Apa yang ditekankan hanyalah berkenaan dengan keahlian. Tidak pula diceritakan dengan terperinci apa itu Scema. Penulis tertanya-tanya adakah niat PMIUSM untuk menubuhkan Scema ini benar-benar serius? Mengapa Scema tidak diletakkan di bawah MPPUSM kerana MPPUSM merupaka satu pertubuhan yang begitu rapat dengan mahasiswa. Penulis tidak mahu ada sekelompok manusia yang berselindung di sebalik penubuhan Scema dan bertujuan untuk mengumpul pengaruh. Tahu-tahu saja lah bahawa palajar-pelajar baru akan mendaftar tidak lama lagi. Tambahan pula Pilihanraya kampus akan menyusul selepas itu. Penulis merupakan insan yang paling bersyukur jika penubuhan Scema benar-benar ikhlas bertujuan untuk membanteras gejala maksiat. Atau penubuhannya semata-mata strategi pihak PMIUSM untuk menghadapi PRK yang akan datang?Fikir-fikirkan.......

1 comment:

mashitah izzati said...

assalamualaikum...

sekali lagi ingin diberi komen,....
ya saudara seISLAMku dd,ana melihat nta pun suka baca blog PMIUSM... alhamdulillah... sedikit-sedikit cahaya HIDAYAH meresap di hatimu... Insya-allah. Semoga apa yang diusahakan oleh pengusaha blog PMIUSM allah balas dengan ganjaran yang setimpalnya. Sahabatku, itu idea mereka. Siapa kita nak letakkan SCEMA di bawah MPPUSM. Banyak lagi projek-projek yang kita xlaksanakan lagi... Adalah lebih baik kt fokuskan pada yang itu.... Kita x akan mampu laksanakan banyak2... dan selagi kita semua juga x bebas dari melakukan maksiat.. Betul x? Xperlulah kt sibuk2 nak tubuhkan SCEMA andai ader antara kita masih menungang moto sesama bukan muhrim.... Ana pasti nta lebih mengetahui..... Berdiri di atas kaki sendiri dengan nama EXCO AKADEMIK, KERJAYA DAN MASYARAKAT MPPUSM dan juga ahli berdaftar PMIUSM.... Maaf sekali lagi....
kita tetap sahabat...