Thursday, June 12, 2008

Astarghfirullahalazim......

sedih...penulis cukup sedih dengan situasi di Selangor sekarang ini. Sudahlah hak-hak keistimewaan orang melayu sudah tidak terbela, agam Islam yang suci ini pula semakin hari semakin berani dicabar oleh pemimpin pembangkang. Pada 9 Jun 2008, kerajaan Selangor telah meluluskan tuntutan ke-8 Interfaith Commission (IFC) yang menyatakan “kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.”

Penulis bukan hendak mempersoalkan hak kebebasan beragama yang diamalkan di Malaysia, tetapi sebagai sebuah negara Islam, dana dan segala hal-hal yang berkaitan dengan agama lain haruslah tidak melebihi atau sama dengan dana dan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Apa yang penulis amat-amat kesalkan ialah langsung tiada suara-suara lantang pemimpin-pemimpin Pas yang selama ini memperjuangkan Islam. Adakah mereka sanggup memperjudikan agama Islam semata mata kerana takut kuasa yang ada pada mereka sekarang akan hilang?

Bukan setakat itu, malah kerajaan Selangor juga telah mengharamkan Islam Hadhari. Mengharamkan Islam Hadhari, tetapi meluluskan projek babi dan menghapuskan had keluasan rumah ibadat agam bukan Islam. Adakah itu perjuangan PKR dan PAS di Selangor?Di mana maruah mereka? Ke mana arah perjuangan mereka sebagai seorang umat Islam?

Penulis mendapat tahu bahawa kerajaan Pulau Pinang akan menghapuskan peruntukan sebanyak RM 7 juta kepada umat Islam di Pulau Pinang. Apa tindakan Pemimpin Pas yang kononya memperjuangkan Islam? Apa reaksi pemimpin PKR yang secara jelasnya berbangsa Melayu dan Beragama Islam? Fikir-fikirkanlah....

No comments: