Friday, June 6, 2008

PETROL NAIK HARGA

Petrol...petrol..petrol...Petrol naik harga.Malam 4 JUN. Pak Lah mengumumkan bahawa petrol naik harga.Kenaikannya bukan sedikit, sebanyak 40% daripada harga yang sedia ada.Jika sebelum ini rakyat hanya perlu membelanjakan RM 1.91 untuk seliter petrol, kini nilai yang sama hanya cukup untuk 0.7 liter.Kenaikan yang sebegitu tinggi amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Mereka berpusu-pusu keluar untuk membeli bekalan petrol sebelum jam 12 tengah malam menjelma. Ramai pihak yang menjangkakan pihak pembangkang akan menggunakan isu ini untuk menghentam pihak Kerajaan. Adakah situasi menghentam pihak kerajaan oleh pihak pembangkang akan ditiru oleh "pembangkang" untuk menghentam"kerajaan" di dalam kampus? Dengan tarikh pilihanraya kampus yang dijangka akan berlangsung dalam bulan 9, pihak "pembangkang" kampus pasti akan menggunakan peluang keemasan ini untuk melebarkan pengaruh mereka.

Salah satu artikel di laman web PMIUSM telah pun menyentuh isu ini. Rakyat, khususnya Mahasiswa perlu faham tentang kenaikan harga petrol. Mereka tidak boleh secara membabi buta "menghangatkan" isu ini dan terus menyalahkan pihak kerajaan. Sebagai fakta,harga yang sepatutnya rakyat Malaysia bayar untuk seliter petrol ialah RM4. Harga dengan subsidi yang dinikmati oleh rakyat Malaysia ialah RM2.70 seliter. Jadi, sebanyak RM1.30 telah dibayar oleh pihak kerajaan. Jadi, mengapa rakyat Malaysia masih tidak bersyukur? Mengapa masih ramai yang merungut tentang kenaikan harga petrol? Dari buah fikiran penulis, rakyat Malaysia mudah merungut kerana sudah terlalu lama dimanjakan dengan pemberian subsidi sehinggakan apabila sedikit jumlah subsidi itu ditarik balik, mereka sudah tidak tentu arah. Sehinggakan perkara ini sering dipolitikkan. Adakah Kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat? Adakah pemberian subsidi itu bukan salah satu bentuk kebajikan yang disediakan oleh pihak kerajaan?

Salah satu blog yang penulis jumpa, qanunfiatdunia.blogspot.com dengan lantangnya mengutuk kerajaan berkenaan kenaikan harga petrol. Pelbagai "bukti"yang menunjukkan kerajaan menindas rakyat telah dipaparkan. Apakah tujuan mereka? Mengapa mereka sibuk menyediakan artikel yang menggambarkan pihak kerajaan menindas rakyat? Mengapa tiada satu pun artikel yang memaparkan strategi untuk mengatasi masalah ini? Apa yang mereka tahu hanyalah melontarkan "hentaman-hentaman" mereka tanpa memikirkan masalah ini. Jika penulis blog tersebut terbaca artikel ini, penulis teringin bertemu dengannya untuk membincangkan srategi-strategi untuk menurunkan kembali harga petrol. Kebiasaannya, orang yang memberi komen pasti ada cara untuk mengatasi masalah kerana golongan-golongan sebegini selalunya "pandai.

Suka atau tidak, harga petrol sudah naik. Penulis berharap rakyat Malaysia, khususnya MAHASISWA tidak mudah terpengaruh dengan mainan pihak pembangkang berkenaan isu ini kerana tujuan pihak-pihak "sana" cuma satu, untuk mendapatkan kuasa. Wahai para MAHASISWA, jangan terlalu mudah terpedaya dengan janji-janji pihak pembangkang.Mereka anya pandai bercakap. Fikir-fikirkan.....

4 comments:

mashitah izzati said...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

lembutkan hatiku ini... janganlah dikawal oleh nafsu marah..... janganlah dipengaruhi oleh syaitan... biarlah tulisanku ini ilham darimu Tuhan. Astagfirullah....
sahabat seperjuanganku...
bukalah matamu....
bukanlah tujuan kewujudan blog2 "pembangkang" yang saudara labelkan, semata-mata untuk memfitnah... jauh sekali.... tetapi ianya hadir demi membongkar kebenaran... rakyat dah cerdik... xnak tertipu lagi... luaskan lagi pembacaanmu...
janganlah hanya berada di dalam kepompong tetapi keluarlah....
indah lagi dunia luar ini...
tapi AWASSS!!! Jangan kau leka dengan keindahan alam fana...
pembetulan fakta... Harga petrol yang sebenarnya ialah RM3 seliter...bukanlah RM4 seperti yang anta dakwa. Maka kerajaan hanyalah memberi sejumlah 30sen sahaja... berbanding dengan RM 2.70 yang terpaksa rakyat tanggung.... Bukan itu sahaja, malah kenaikan harga barangan lain juga xdapat dibendung... rakyat semakin menderita... sedarlah...
kita MAHASISWA xpernah menyelebelahi mana-mana parti... Jika PAS zalim kita tentang.... jika UMNO zalim pun kt tentang.... jita bangkit atas nama kebenaran...
MAHASISWA kena banyak wat research....
Alhamdulillah... akhirnya berjaya ku tulis...
Sahabatku....bukalah matamu....Maaf jika terkasar bicara, pernah dengar kt perlu menyatakan yang haq walaupun pahit.....

PutriMaira said...

Setelah meneliti entri dr 'penulis'..putri mendapati penulis ini memang bercakap dr sudut seorang pelajar..bukan mahasiswa..seorang pelajar yang tak perlu bekerja untuk menyara keluarga dan anak kecil yang memerlukan lampin dan susu setiap hari, seorang pelajar yang tak perlu menghantar duit setiap bulan kepada ibu ayah di kampung, dan seorang pelajar yang mendapat duit setiap sem dari ptptn..tanpa perlu memerah setitik keringat pun..bukannya dari pandangan seorang mahasiswa..seorang mahasiswa yang seharusnya faham derita hati rakyat yang kian hari kian susah..perlu terus berjimat cermat setiap hari..seorang mahasiswa yg seharusnya lebih dekat dengan masyarakat..

ya, mmg kerajaan still bagi subsidi..rm 0.30 ONLY..mungkin boleh dikatakan kerajaan kita sudah miskin agaknya..

dalam media massa pulak, perbandingan harga petrol internasional dibuat..dengan tujuan menunjukkan harga petrol malaysia masih murah..ya, bagi org2 yang tidak berfikir memang akan mendapati malaysia masih murah..contohnya di Malaysia rm2.70 seliter, di china pulak bila diconvert dari yuen ke RM jadi RM 7.memang nmpak murah, esp lepas di convert ke RM. tapi mereka di china (as exp)earn their money in yuen, not in RM. so tak sama. tapi putri pasti, mst penulis dah cukup arif tentang semua ini kan? cukup arif untuk menulis sebuah entri tentang petrol ini?

saudara/i penulis yang saya kasihi..
saya sebagai ex-student usm sangat tidak menyangka yang institusi pengajian tinggi lani menghasilkan para pelajar..bukannya para mahasiswa..sebahagian staf usm juga lebih senang menggunakan istilah para pelajar, sebabnya istilah pelajar tu sama dengan pelajar sekolah..yang tak reti apa2..tapi istilah mahasiswa adalah istilah yang gah dan mendalam maksudnya..'fikir-fikirkanlah wahai penulis..'
putri tinggalkan penulis dulu buat kali ini..untuk entri seterusnya..fikir dulu sebelum menulis ya!:)

PutriMaira said...
This comment has been removed by the author.
PutriMaira said...

oh, maaf, terlupa pulak..putri baru perasan yang penulis ini seorang 'saudara'..hm..baiklah saudara, walaupun saudara ini seorang 'pelajar' bidang kesihatan, tidak bermakna semua mahasiswa dalam bidang kesihatan itu memahami masyarakat..betul tak saudara penulis?putri minta maaf banyak2 jika comment putri ni menyentuh hati penulis..anyway, dalam blog penulis ni banyak juga info berkaitan politik ye.? maafla, putri ni dah lama tinggalkan kampus, cuma putri nak tanya la, sekarang ni putri dengar AUKU dah nak dipinda..jadi lani dah boleh menyokong atau membangkang mana-mana parti politik secara terang-terangan ke? wow, kalau dah boleh..mesti menarik Pilihanraya kampus nanti kan?