Friday, June 27, 2008

apa dah jadi ni....

assalamualaikum semua...
baru saja sehari sebelum USM menerima pelajar baru, sudah ada khabar angin yang mengatakan ada pelajar senior me`ragging` pelajar baru...entahlah,penulis pon agak terkejut apabila mengetahui berita ini....penulis mendapat tahu bahawa seorang pelajar iaitu Faizal (seorang ahli PMIUSM)...beliau telah menerima satu SMS...SMS tersebut mengatakan yang ada pelajar senior membuli pelajar tahun 1...perkara pertama yang penulis fikirkan adalah berita ini sama sekali karut dan tidak boleh dipercayai...ada beberapa persoalan yang timbul...penulis bukan tak mahu percaya tetapi memang SMS itu langsung tidak boleh dipercayai...persoalan pertama: Mengapa hanya ahli PMIUSM yang menerima SMS tersebut?...dan beliau bersungguh-sungguh memberitahu PPMS...dan ada maklumat mengatakan yanag beliau ingin memanjangkan SMS tersebut ke Harian Metro...mengapa ya?..persoalan kedua:pelajar senior yang menguruskan pelajar2 baru buat masa ini ialah PPMS sendiri..adakah PPMS terfikir untuk membuli pelajar2 baru?..PPMS telah menjalani kursus yang lengkap dan diri mereka telah terdidik dengan satu sifat yang murni...adakah SMS tersebut disebarkan oleh individu yang ingin menjatuhkan imej PPMS?..dan adakah ahli PMIUSM sendiri yang menyebarkan SMS palsu tersebut?...ooppsss,penulis tidak menuduh...jauh sekali untuk memfitnah..penulis hanya mengagak mengikut akal fikiran penulis...kepada individu yang menyebarkan SMS palsu tersebut, sedarlah bahawa perbuatan anda amat tidak bermoral...penulis merasa amat kesal kerana di saat orang lain bertungkus-lumus menaikkan nama universiti, masih ada sekelompok manusia yang ingin memburukkan nama USM....tidakkah individu tersebut terfikir apa kesan yang akan timbul jika SMS palsu tersebut tersebar...pasti suasana sewaktu pendaftaran nanti akan menjadi huru hara....siapa sebenarnya yang mentebarkan SMS palsu ini?apa motifnya?fikir-fikirkan......

2 comments:

PutriMaira said...

Hm, nampaknya saudara ni ada masalah dengan PMIUSM..masalah hati ke atau masalah profesionalisme? atau mungkin saudara ni tak berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli PMISUM.. putri cadangkan saudara mendaftarlah sebagai ahli. banyak manfaatnya, insya Allah..:).. walauapapun, semoga para mahasiswa baru USM tahun ni lebih bijak menilai setiap kata-kata, gerak geri dan mentafsir setiap informasi yang diberikan oleh para senior, sama ada PPMS ataupun senior lain. Kalau aspirasi itu benar, janganlah saudara takut adik-adik baru tu akan terpengaruh dengan yang lain. saudara yakin yang aspirasi itu benar kan? yang aspirasi itu tak pernah buat sesuatu yang menyalahi hukum ALLAH s.w.t dan sentiasa menjaga agama Nya. Saudara pasti yakin, sebab kalau tak yakin, takkan saudara trelibat secara langsung dengan sebuah pertubuhan yang salah dan melekeh-lekehkan agama Allah kan?
Saudara pasti bijak, kalau tidak saudara tak akan jadi seorang pelajar bidang kesihatan kan?:)

abaiis said...

salam aspirasi....
aku tak sangka masih ada individu yang menyangka aku PMIUSM.... tapi paling aku tak sangka ada orang yang tak berani berhadapan dengan aku untuk bertanya hal yang sebenar.....
aku tak mau memanjangkan crita nie, aku harap sapa yang ragu2 dtg terus jumpa aku.... jgn jadi penakut....
tadak niat aku nak mencemarkan nama PPMS atau sesapa pun.... aku dah rasa diri aku difitnah dan aku doakan bala lebih teruk jatuh pada org yang tulis post tntg aku nie.... amin....