Tuesday, June 24, 2008

Fitnah itu berdosa besar

assalamualaikum buat pembaca-pembaca semua...
kali ini penulis ada satu kisah yang hendak disampaikan..semua orang tahu bahawa fitnah itu berdosa..penulis akui yang penulis tidak berapa arif tentang agama..tetapi penulis tahu bahawa fitnah itu berdosa besar..kerana fitnah orang yang tidak berdosa menjadi mangsa..kerana fitnah sesebuah tamadun boleh hancur..dan kerana fitnah juga lah isteri nabi SAW, Sayditina Aishah dicemuh...beberapa hari yang lalu seorang pegawai telah bermurah hati untuk membenarkan penulis dan sahabat2 penulis untuk menggunakan rumah beliau untuk satu majlis...kami menggunakan rumah pegawai tersebut untuk memasak dan menyediakan juadah..kalau tidak silap penulis, ada 10 orang lelaki dan 20 oarang lebih perempuan..kalau dari jauh memang nampak yang rumah pegawai tersebut dipenuhi perempuan..tetapi penulis berani mengatakan yang kami,lelaki dan perempuan langsung tidak bercampur..perempuan memasak di dapur dan lelaki duduk di ruang tamu dan di luar rumah..majlis tersebut berjalan dengan lancar..selang beberapa hari,pegawai tersebut ter `chat` dengan seorang hamba Allah..hamba Allah tersebut menuduh yang pegawai itu mengadakan aktiviti maksiat dengan membenarkan ramai perempuan masuk ke rumah beliau...astaghfirullahalazim..walhal,ketika itu pegawai tersebut tidak berada di rumah..beliau hanya pulang ke rumah ketika majlis tersebut hendak bermula...ini lah sikap sesetengah orang Islam...mereka langsung tidak tahu perkara sebenar tetapi tanpa berfikir panjang terus menuduh yang bukan2...kepada individu tersebut yang terbaca artikel ini,penulis harap dia sedar dan berjanji tidak akan mengulangi tindakan tersebut.. sedarlah bahawa fitnah itu lagi teruk daripada membunuh..agak2 siapa individu tersebut?fikir-fikirkanlah.....

No comments: