Friday, July 11, 2008

peralihan kuasa....

assalamualaikum..
lama sungguh rasanya penulis tidak menulis dalam blog ini..bukan apa..cuma sekarang penulis sedang sibuk dengan urusan2 akademik dan juga urusan2 mpp..apa yang mengejutkan penulis minggu ini ialah apabila penulis terbaca satu perkara berkenaan peralihan kuasa...Pak lah akan memberi kuasa nya sebagai perdana menteri malaysia kepada timbalannya, Dato` Seri Najib Tun Razak....peralihan kuasa itu akan berlaku pada 2010..ini bermakna pak lah tidak akan mengetuai jentera pilihan raya bagi barisan nasional pada pilihanraya ke- 13 nanti...penulis terfikir mengapa pak lah begitu cepat mengumumkan persaraannya..kalau dihitung, pada 2010, baru 7 tahun pak lah memerintah..adakah kerana beliau merasakan yang masa beliau sudah tamat..atau tekanan daripada parti pembangkang...atau pun tekanan daripada ahli parti sendiri...entah lah, penulis pun susah hendak menafsir tindakan orang nombor 1 negara ini...apa2 pun penulis bersyukur kerana proses peralihan kuasa di negara kita sentiasa berlaku dengan aman..tanpa sebarang keganasan atau pun demonstrasi...ini menunujukkan betapa pemimipin di negara kita begitu profesional...bagi semua siswa siswi usm, kita semua juga akan mengalami satu tempoh peralihan kuasa...di mana barisan kepimpinan mpp sidang 07/08 akan menamatkan perkhidmatan...dan akan digantikan dengan barisan kepimpinan yang baru..siapa yang akan menentukan barisan kepimpinan sidang akan datang?..x lain dan x bukan adalah siswa siswi usm sendiri..anda semua berhak untuk memilih sesiapa sahaj yang anda semua rasakan LAYAK dan BERKEMAMPUAN untuk memimpin anda semua..x tahu untuk membuat keputusan?...senang sahaja..penulis syorkan agar siswa siswi usm sekelian, terutamanya junior2 tahun 1 yg baru mendaftar untuk melihat sekeliling anda...lihat lah apa yang telah diperjuangkan oleh MPP ASPIRASI...dan jangan lupa juga perkara2 yang tidak boleh dilihat..yg paling utama ialah kebajikan anda semua...PTPTN?...MPP ASPIRASI telah memperjuangkannya untuk anda...penulis masih tidak tahu bila tarikh sebenar pilihanraya kampus...tapi apa yang penulis hendak tekan kan di sini ialah siswa siswi sekelian untuk berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan...berfikir secara rasional sebelum menentukan siapa pemimipin anda semua...anda mahu pilih siapa?fikir-fikirkanlah...SALAM ASPIRASI UNTUK MAHASISWA BERSATU..

rogayah...

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam aspirasi untuk siswa-siswi bersatu.
Nama saya Muhammad Syukri bin Ibrahim. Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia 07/08 atau lebih dikenali dengan panggilan Che Mat. Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis kenyataan ini disebabkan ada beberapa perkara yang ingin diterangkan kerana ada pihak yang sengaja mahu menjadi hero sedangkan beliau merupakan udang yang berada disebalik mee goreng yang pedas lagi sedap dimakan. Sebenarnya saya bukanlah jenis orang yang suka nak cakap buruk orang tu buruk orang ni. Tetapi saya hadir hanya untuk memberi penjelasan diatas puji-pujian yang dilemparkan oleh exco saya sendiri. Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada saudari yang telah mempopularkan saya dan juga nama saya di seantero dunia. Saya amat bangga dan terharu di atas jasa baik saudari. Tetapi malangnya, niat baik saudari itu telah tercemar dek niat didalam hati saudari yang rata-rata pembaca sedar akan tujuan saudari menulis. Orang baik tak kata dirinya baik dan orang yang hatinya AGAK berbau akan sentiasa mengatakan dirinya baik. Pertama sekali saya mahu saudari mengimbau kembali kenangan kita dalam mesyuarat yang pertama. Kenyataan saya yang pertama adalah ”saya tahu bahawa kita datang daripada ideologi yang berbeza, tetapi harus diingat, apabila kita sudah berada didalam perwakilan pelajar, saya berharap agar saudara saudari dapat ketepikan dahulu ideologi masing-masing”. Adakah saudari masih ingat? Tetapi apa yang saudari telah buat? Saudari sendiri dengan riak, sombong dan takburnya telah mengisytiharkan bahawa anda berlima merupakan Pro Mahasiswa dan kami Pro ASPIRASI sedangkan ASPIRASI itu sendiri membawa semangat mahasiswa. Pernahkah saya membuat sebarang kenyataan untuk membeza-bezakan anda dan kami? Jika pembaca inginkan kepastian yang benar, pembaca bolehlah bertanya dengan wartawan BK yang sentiasa menemubual saya iaitu saudara Syayaumil. Dalam kenyataan saya yang pertama bersama beliau, saya sendiri mengatakan bahawa saya tidak membezakan ideologi dalam perwakilan. Mungkin dengan satu penjelasan masih tidak dapat memuaskan hati saudari G yang suci lagi murni, jadi saya akan terus mengimbau kembali kenangan saya bersama dengan anda semua. Untuk pengetahuan pembaca, seawal kami dilantik sebagai perwakilan pelajar, kami telah mendapat satu jemputan oleh Datuk Menteri KPT untuk sambutan hari raya aidilfitri. Adakah pembaca ingin tahu siapa yang saya bawa? Sudah tentu exco-exco perwakilan pelajar yang saya tidak pernah bezakan seperti yang saudari G bezakan. Salah seorang yang turut serta dalam kunjungan tersebut adalah saudari Izzati yang mana saudari G katakan bahawa beliau merupakan salah seorang daripada mereka berlima. Adakah saudari G iri hati kerana saya tidak menyenaraikan nama saudari sebaliknya rakan saudari yang lebih junior daripada saudari yang dapat turut serta? Janganlah bersifat sedemikian ya.
Seterusnya barisan kepimpinan MPPUSM dikatakan pak turut HEPP. Aduhai saudari G, sungguh baik budi perketi saudari G yang bakal bergelar guru mengatakan kami sedemikian? Adakah ini contoh guru yang akan mendidik anak bangsa kita di masa mendatang? Tudung dah labuh tapi hati tergantung. Bukan ke anda juga merupakan MPPUSM? Atau sekali lagi anda mahu katakan yang kami sahaja pak turut sedangkan anda berlima bukan? Disini anda telah menggali lubang kubur untuk kenyataan anda sendiri kerana pembaca dapat menilai bahawa anda sengaja mahu membeza-bezakan dan memecah belah perwakilan yang ada. Jadilah bakal guru yang berhati mulia dan ikhlas ya. Apa bukti yang anda ada untuk mengatakan kami pak turut? Luarannya saudari memang menampakkan bahawa saudari mempunyai ciri-ciri wanita idaman lelaki tetapi sayang seribu sayang. Organ dalaman saudari yang bernama hati itu AGAK berbau sedikit. Apa hak anda untuk mengatakan kami pak turut? Anda kata anda penganut islam? Jangan malukan agama kita. Nabi SAW sendiri pun tidak pernah menjatuhkan hukuman dengan sesuka hati Baginda. Rasanya pembaca dapat menilai yang mana Made In Malaysia dan yang mana Made In Thailand. ( yang mana kaca dan yang mana permata)
Pembaca yang saya muliakan, saya sudah katakan diawal tadi, bukanlah niat saya menulis ini untuk memburukkan sesiapa tetapi hanya mahu menjawab persoalan yang telah ditimbulkan dalam kenyataan saudari G. Beliau pada pandangan saya telah membuat kenyataan dengan agak emosi dan ke anak-anakan. Mengapa saya katakan begitu? Merujuk kepada kenyataan beliau yang tidak berpuas hati dengan 3 orang NYDP yang tidak memberikan skop tugasan. Assalamualaikum saudari, katanya anda merupakan siswa siswi USM, takkanlah maksud sukan, rekriasi, kebudayaan dan integrasi pun tak tahu. Sekali lagi seorang bakal guru telah meragukan kepercayaan masyarakat tentang kewibawaan guru di masa mendatang. Tak kan lah kerana mereka tidak memberikan skop tugasan kepada anda dan kemudiannya anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan? Inilah manusia, alasannya seribu, usahanya hanya satu iaitu mencari jalan menyelamatkan diri daripada dituduh bersalah. Kenapa anda tidak berterus terang bahawa anda sememangnya mempunyai hobi untuk mencari kesalahan orang sedangkan anda memuji-muji diri anda. Wahai saudari G, jika saya mahu menyenaraikan tugas yang telah saya berikan yang anda tidak laksanakan, tidak berapa manis untuk kita berbalah mengenai hal keluarga kita dikhalayak ramai bukan? Adakah anda masih ingat akan kertas kerja yang saya minta anda siapkan? Berapa bulan anda mengambil masa untuk selesaikan? Biarlah pembaca tertanya-tanya dan perkara ini saya mahu biarkan untuk pembaca menekanya sendiri. Adakah itu masih tidak ada tanggungjawab yang diberikan kepada anda?
Satu perkara lagi yang saya ingin saudari imbau ialah berkenaan dengan soal selidik yang kita mahu jalankan. Sudah terbelit lidah saya menyuruh Izzati untuk menyiapkan kotak cadangan dan aduan MPPUSM tetapi apa dah jadi dengan kotak tersebut? Hilang dilanda TSUNAMI. Akhirnya saya mengambil inisiatif untuk mencetak borang aduan dan KITA BERSAMA-SAMA telah bergerak bukan? Ada saya tidak benarkan anda semua turut serta dalam bahagian yang paling penting sebagai perwakilan pelajar? KEBAJIKAN!!! Itu merupakan janji setiap perwakilan semasa PRK dahulu. Tetapi bukankah tugas untuk menyediakan kotak cadangan dan aduan itu telah saya berikan kepada saudari Izzati? Ataupun anda sengaja mahu memboikot untuk MPPUSM 07/08 dilihat tidak menjalankan tugas? Apa pula yang dilakukan saudari Mastura berhubung tugas untuk berjumpa dengan ketua perpustakawan? Alasan demi alasan diberi. Sedangkan saya telah mengarahkan untuk kita berbincang dengan pihak perpustakaan untuk menambah jumlah buku yang boleh dipinjam dan wakil perpustakaan yang dilantik adalah Mastura. Ini diskriminasi ke saudari G? Atau sekali lagi anda iri hati dengan mereka kerana anda hanya dilantik menjadi pengarah projek sukan? Bersyukurlah, jika kita bersyukur, Tuhan akan tambahkan lagi nikmatNya. Untuk saudari Harizam pula, tugasan untuk menyiapkan Buletin MPP telah saya serahkan bersama-sama dengan biro beliau. Alhamdulillah, beliau banyak memberikan kerjasama dan telah menyiapkan tugasan yang saya berikan. Bukankah buletin MPP merupakan salah satu tugasan yang penting kerana melalui buletin MPP, siswa siswi mendapat informasi tentang pergerakan MPP. Adakah itu masih diskriminasi? Kita terus kepada saudara Azhari pula, ya saya akui, beliau yang menyiapkan surat untuk meminta pihak MPPP bagi mengkaji masa lampu isyarat, membina perhentian bas dan juga membaiki laluan pejalan kaki di sungai dua. ( hanya ditugaskan untuk menyiapkan surat dan bukannya beliau yang memberikan cadangan itu. Cadangan itu telah diutarakan sendiri oleh YDP MPPUSM ) Tetapi adakah saudari G masih ingat siapakah yang memberi arahan dan ideanya datang dari mana? Insan yang bernama Che Mat lah yang mencetuskan perkara tersebut dan mengarahkan biro Korporat dan Pengantarabangsaan ( bukan mengarahkan Azahari tetapi Azahari yang mahu menyiapkan surat tersebut. Ingat pembaca, hanya menyiapkan surat sahaja, tetapi saudari G telah menyatakan bahawa itu usaha Azahari. Nak jadi PEMBOHONG ke? ) untuk berurusan dengan pihak MPPP dan bukannya Azahari seorang tetapi saya sendiri ada terlibat dalam memurnikan surat tersebut. Adakah saya menyatakan bahawa itu merupakan usaha saya seorang? Sudah tentu tidak, dihadapan saudari G dan Tan Sri Naib Canselor saya nyatakan bahawa itu merupakan hasil usaha MPPUSM. Ada apa lagi yang saudari tidak berpuas hati? Bukankah saudari G juga merupakan MPPUSM? Pembaca boleh fikirkan. Seterusnya berkaitan isu projek-projek MPP seperti NRIC. Setahu saya, pergerakan dalam jawatan kuasa NRIC telah bermula sejak berakhirnya NRIC yang lepas yang telah mula digerakkan oleh MPPUSM 06/07 dan MPPUSM 07/08 hanya masuk kedalam jawatan kausa itu untuk memantapkan lagi pergerakan program tersebut dan membantu bagi memastikan kejayaan program tersebut.Hal ini kerana, NRIC perlu bergerak awal dan semasa penubuhan jawatan kuasa projek, kita baru sahaja dilantik menjadi MPP dan mereka telah lama menggerakkan tugasan masing-masing. Untuk pengetahuan saudari G, hanya seorang sahaja dari kalangan MPPUSM yang saya arahkan untuk berada dalam jawatan kuasa tersebut kerana perwakilan lain saya mahu mereka tumpukan pada perkara yang lain termasuk saudari G yang terus gagal menyiapkan kertas kerja tetapi sentiasa sibuk dengan perkara-perkara yang saudari tidak dapat. Sekali lagi saya mahu berpesan, bersyukurlah dengan apa yang ada ok.
Bagi Konvex pula, untuk pengetahuan saudari, konvex bukanlah program MPPUSM tetapi pengarahnya telah dilantik oleh pihak BHEPP. Untuk program di KMPP, sudah saya katakan bahawa program itu dikelola oleh sekatariat sukarelawan dan anda kata anda tidak di pelawa bukan? Tetapi adakah anda ada datang kepada pihak sekatariat untuk menyakakan hasrat anda ataupun kami perlu melutut menghadap anda untuk mencemar duli? Walaupun saya sebagai YDP MPPUSM, saya tidak pernah wujudkan jurang jawatan dengan kesemua rakan-rakan saya. Seperti isu PPMS yang saudari G katakan. Untuk pengetahuan saudari G, saya dapat menjadi PPMS bukan atas tiket MPP tetapi kesukarelaan untuk membantu siswa siswi yang bakal masuk. Saya juga dilayan sama seperti rakan-rakan PPMS yang lain, masuk ke hutan, merangkak di bawah kawat berduri dan bermacam-macam lagi. Saya langsung tidak diberi sebarang keistimewaan di dalam PPMS dan jawatan sebagai Penghulu Besar adalah dilantik oleh BHEPP. Anda juga mengatakan bahawa anda tidak dibenarkan untuk menyertai? Borang PPMS pun anda tidak isikan, macam manalah anda hendak dipanggil untuk temu duga. Ataupun anda masih mahu kami menghadap dan menjemput anda dengan penuh penghormatan? Hebat betul kalian semua, saya sendiri pun hadir untuk temu duga PPMS. Untuk pengetahuan saudari G juga, pertemuan kita di CG pada hari pendaftaran adalah tidak disengajakan, saya menjalankan tugas untuk memantau keadaan di semua desasiswa dan terpulanglah pada anda sekiranya masih berminat untuk menaburkan fitnah kepada saya dan rakan-rakan.
Kita terus kepada isu program seterusnya iaitu Minggu Pembangunan Lestari. Untuk pengetahuan pembaca, idea ini telah sama-sama dicetuskan oleh perwakilan pelajar tetapi saudari G dengan senyap-senyap telah mengambil kesempatan untuk menjadikan progran ini hak milik kekal beliau dan telah menyiapkan kertas kerja berkenaan. Untuk pengetahuan pembaca, dalam masa yang sama, saya telah mengarahkan setiausaha MPP untuk menyiapkan kertas kerja tersebut tanpa mengetahui bahawa saudari G juga ada membuatnya. Disini bukan saya mahu salahkan saudari G tetapi bukankah kita telah sepakat bahawa setiap program yang hendak dijalankan perlu mendapat kelulusan MT? Disini saudari telah menunjukkan bahawa saudari telah menidakkan hak saya sebagai YDP MPPUSM. Berbalik kepada isu kertas kerja tersebut, setelah saya dimaklumkan bahawa saudari G telah menyiapkan kertas kerja Minggu pembangunan lestari, saya akur dan merendah diri untuk menerima kertas kerja tersebut tetapi saudari Izzati tidak memaklumkan bahawa saudari telah melantik diri saudari sebagai pengarah projek tersebut dan saya hanya maklum tentang perkara ini setelah Izzati menghantar salinan kertas kerja kepada saya melalui email dan semasa perbincangan dengan Dr zainal, kertas kerja saudari G masih belum diserahkan dan pada masa itu hanya ada kertas kerja lawatan antarabangsa MPP sahaja. Harap pembaca dan saudari jelas akan perkara ini. Untuk pengetahuan pembaca juga, Dr zainal sememangnya ada memaklumkan kepada saya bahawa saudari G ada berjumpa dengan beliau dan beliau tidak menyatakan persetujuan sebaliknya meminta saudari G berbincang dengan saya (tetapi saudari G telah menipu dengan mengatakan Dr Zainal Memberi lampu hijau) kerana saya telah terlebih awal memaklumkan kepada beliau bahawa pengarah projek bukanlah anda dan satu pembohongan yang teramat besar telah anda lakukan dan anda telah menipu pembaca yang membaca kenyataan anda itu. Berhubung perkataan mencuri kertas kerja yang dilemparkan oleh saudari G, bukankah permintaan daripada saudari Izzati yang memaklumkan bahawa anda telah menyiapkan kertas kerja dan meminta supaya kita hanya memurnikan kertas kerja anda. Bukankah satu kebanggaan apabila kita menggunakan kertas kerja yang anda siapkan untuk program itu. Bukannya kami tidak mempunyai kertas kerja dan sememangnya kertas kerja kami juga sudah siap tetapi memandangkan saya masih memandang kepada tolak ansur, jadi saya akur untuk menggunakan kertas kerja anda dan kemudiannya anda tela menuduh saya mencuri. Wajarkah?
Berkenaan isu MPPUSM yang tidak menjalankan tugas, itu saya letakkan diatas tanggungjawab individu. Amanah telah diberikan dan tanggungjawab perlu dilaksanakan. Termasuklah dengan saudari yang berkata. Jalankan tanggungjawab dan bukannya memberikan alasan setelah gagal berusaha bagi menutup malu dan kesalahan. Isu saya memakai gelang BN. Ya saya memang ada memakainya. Jadi kenapa saudari G tidak heret saya untuk dikenakan AUKU? Adakah saudari G takut? Mungkin kerana saudari G juga ada melanggar AUKU ketika PRU yang lepas? Mahu saya buktikan? Tidak perlu rasanya. Saya hanya mahu melihat reaksi saudari dengan memakai gelang tesebut yang dipinjam daripada sepupu saya. Saya tahu saudari akan mengambil gambar saya memakai gelang itu dan saya sengaja membiarkan dan kadang kala berpura-pura menyorokkannya. Saya mahu pembaca sedar, tindakan saya bukanlah untuk melanggar undang-undang tetapi saya mahu jelaskan kepada exco saya yang hatinya ada sedikit berbau bahawa AUKU itu bukan musuh kepada kita. Bukanlah disebabkan kita dikenakan AUKU, kita langsung tidak berpeluang untuk menyambung pengajian dan tidaklah pengajian kita terus terpadam. Saya masih menanti-nanti untuk saudari G hadapkan saya kepada AUKU dan saya akan buktikan kepada semua bahawa walaupun saya dikenakan AUKU, saya masih boleh membuat rayuan dan masih berpeluang untuk meneruskan pengajian. Jika saudari tidak percaya, SILA laporkan kesalahan saya itu kepada pihak berkenaan. Saya percaya, jika saya dikenakan AUKU sekalipun, saya masih boleh membuat rayuan dan begitu jugalah dengan kesalahan-kesalahan yang lain, bukanlah AUKU itu terlalu kejam tetapi masih ada budi bicara yang boleh digunakan. Saya sentiasa mengingatkan kepada semua rakan siswa siswi bahawa dengan adanya AUKU, kita bebas mengadakan aktiviti. Dengan adanya AUKU, saya berpeluang untuk bersidang dengan Y A B TPM Malaysia. Jadi kenapa ada pihak yang mahu AUKU dihapuskan? Di gubal tidak salah tetapi biarlah berhemah dan membawa kepada perkara positif. Macam mana saudari G? Dah Faham dengan AUKU?
Untuk pengetahuan pembaca dan juga saudari G. Kenapa sejak kebelakangan ini ada beberapa program yang saya tidak libatkan saudari G berlima? Jawapannya ada pada diri anda. Ingatkah lagi semasa anda menghantar memorandum terhadap citrawarna? Adakah anda ada mengajak MPP yang lain atau saya? Bagaimana dengan komitmen anda dengan MPPUSM berbanding PMI dan persatuan lain? Kerja-kerja di MPPUSM sering anda tangguh-tangguhkan sedangkan kerja-kerja bersama persatuan anda sentiasa anda PULUN habis-habisan. Saya biarkan untuk pembaca fikirkan sendiri jika anda berada pada situasi saya. Dimana hormat yang anda katakan? Adakah dengan lebih menghormati YDP PMI berbanding saya merupakan penghormatan yang anda berikan sedangkan MPP merupakan persatuan tertinggi di USM tetapi taat setia dan gerak kerja anda lebih banyak kemana? Soalan ini anda simpanlah semula. Bukan berkecil hati tetapi sekadar titipan berguna untuk anda. Pesanan terakhir dari saya, janganlah kita melakukan sesuatu itu dengan niat yang tidak baik, berdendam dan mempunyai hasad. Jernihkanlah hati dengan niat yang benar-benar tulus. Kuasa memang ada pada kita tetapi bukan kuasa kita untuk menjatuhkan hukuman. Sebelum saya menutup bicara, titipan terakhir buat semua. Saya suka untuk mengajak kita mengikut resmi air dalam segala hal dan tindakan kerana air sentiasa mengalir dan tiada hentinya tetapi janganlah kita mengikut resmi bunga kerana bunga itu bermusim dan akan layu kelak. Jika kita ingin berbuat baik, tidak perlulah kita menunjuk-nunjuk kerana buah yang harum dan manis tetap akan dapat dihidu tetapi jika hati kita sememangnya busuk, walaupun tidak nampak tetapi tetap berbau. Sekian, bersatulah siswa siswi demi mencapai aspirasi bersama.

muhammad syukri bin ibrahim
ydp mppusm 07/08

Wednesday, July 2, 2008

nama Azahari digunakan...

assalamualaikum....
nama azahari digunakan dengan sewenang-wenangnya...penulis begitu simpati kepada azahari....sabarlah sahabatku...walaupun rogayah telah bercerita panjang lebar tentang `kehebatan` saudara di dalam artikelnya,penulis x akan percaya...selaras dengan tajuk blog penulis,penulis ingi bercerita tentang perkara sebenar...tentang fakta yang penulis faham......tentang apa yang penulis tahu..maafkan dan betulkan lah penulis andai penulis silap....untuk pengetahuan semua, penyelarasan lampu isyarat di RST, pembaikan tempat pejalan kaki di depan sungai dua, dan usaha untuk membina perhentian bas di depan khaleel merupakan perjuangan MPP ASPIRASI yang memerluka perjumpaan dengan MPPP(majlis perbandaran pulau pinang).....pembaikan tempat pejalan kaki di sungai dua telah diusahakan oleh saudari lailatulkadri dan saudara Ramanathan..mereka berdua yang telah berjumpa dengan wakil MPPP berkenaan perkara tersebut...penyelarasan lampu isyarat dan usaha untuk membina perhentian bas di hadapan khaleel telah di mulakan oleh YDP MPP sendiri...kepada rogayah,penulis tahu siapa anda sebenarnya...penulis tahu apa yang telah anda lakukan sepanjang menjadi seorang exco MPP....anda merupakan seorang yang hanya pandai bercakap tetapi langsung tidak pandai buat kerja......penulis yang menjadi pengarah projek untuk tour USM ke sekolah2....atas kesuntukan masa,penulis,dengan mendapat persetujuan Rama dan YDP, telah bersetuju untuk menjalankan tour tersebut ke bahagian utara sahaja....paperwork sudah pun disiapkan..namun,atas salah faham berkenaan penajaan,penulis terpaksa memurnikan lagi paperwork itu...penulis begitu sibuk, dan sebab itu tour itu belum semat untuk dijalankan....penulis mungkin akan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada barisan MPP sidang hadapan...rogayah, x baik menipu...apa hukuman `di sana` kalau becakap bohong?...fikir-fikirkanlah....

apa itu MPP?

assalamualaikum....
sudah lama penulis tidak menulis dalam blog ini...seribu kemaafan dipinta...bukannya apa.cuma penulis sedang sibuk menguruskan kebajikan adik2 yang baru mendaftar...penulis ada terbaca artikel yang ditulis oleh individu yang menjadi rakan sejawat penulis di barisan MPP 07/08....penulis rasa individu ini langsung tidak memahami apa itu tugas MPP yang sebenar...di dalam artikel tersebut,ada statement yang mempertikaikan kredibiliti YDP MPP..katanya, MPP sidang ini hanya mampu menjalankan program2 yang tradisi seperti NRIC, persembahan amal banjir dan convex....penulis ingin sangat bertanya kepada pembaca semua..apakah tugas MPP yang sebenarnya?....kerana rakan sejawat penulis yang menulis artikel tersebut rasanya masih tidak tahu apa itu tugas seorang MPP.....MPP, atau nama panjangnya Majlis Perwakilan Pelajar merupakan satu pertubuhan yang menjaga kebajikan pelajar....adakah pencapaian bagi MPP harus dinilai dari jumlah program yang dianjurkan?......bagi penulis sama sekali tidak...pendapat penulis, pencapian MPP harus dinilai dari segi sejauh mana kebajikan pelajar terjaga...sebagai seorang MPP ASPIRASI, penulis dapat melihat sejauh mane pencapaian MPP ASPIRASI kalau hendak dibandingkan dengan rakan sejawat penulis yang menulis artikel tersebut.....pelbagai isu2 kebajikan untuk pelajar telah berjaya direalisasikan oleh MPP ASPIRASI...penulis tidak mahu menyenaraikan nya di sini kerana pelajar boleh menilai sendiri....bagi pelajar baru, anda semua telah pun diberikan buletin MPP..buletin itu telah menerangkan pencapaian cemerlang MPP ASPIRASI yang telah memperjuangkan kebajikan pelajar......mungkin rakan sejawat penulis itu lebih tertarik untuk menganjurkan program tanpa mengambil kira kebajikan pelajar....dan mungkin juga rakan sejaat penulis itu telah terlupa segala manifesto yang telah diperjuangkan nya ketika hendak bertanding dahulu.....jadi, penulis membiarkan pembaca semua berfikir dengan bijak....ASPIRASI yang memperjuangkan kebajikan anda atau yang `sebelah sana` yang lebih mementingkan program2 yang tidak semestinya memberikan manfaat kepada pelajar.....fikir-fikirkanlah.....

Tuesday, July 1, 2008

PENAT VS SERONOK

assalamualaikum semua..
alhamdulillah, akhirnya ada juga sedikit ruang yang diberi oleh ALLAH SWT untuk penulis menambah artikel di blog penulis ini...sebagai PPMS, terlalu banyak kerja yang perlu di siapkan..objektif utama bukanlah mencari ganjaran atau nama..tetapi hanya niat ikhlas untuk membantu adik2 yang baru sahaja mendaftar di USM...hari pertama merupakan hari yang paling memenatkan...penulis terpaksa berjaga di satu kawasan selama hampir 5 jam...tugas penulis ialah membantu adik2 bersama ibu bapa mereka untuk melakukan pendaftaran...memang memenatkan..kaki penulis terasa sakit dan lenguh..tetapi rasa sakit itu hampir tidak dirasai dek kepuasan kerana dapat membantu adik2 yang disayangi...bermacam ragam dan aksi yang dapat penulis lihat sepanjang hari pertama...ada adik2 yang datang bersama keluarga..dan ada juga yang datang bersama kawan2...ada juga segelintir pelajar baru yang datang berseorangan..terima kasih buat pihak pengurusan universiti kerana telah menyediakan kemudahan pengangkutan buat pelajar2 baru yang datang menggunakan pengangkutan awam....penulis harap agar adik2 sekelian telah menanamkan azam di hati untuk menimba ilmu dengan bersungguh sungguh...jangan lupa semua jasa kedua ibu bapa kita..balas segala penat jerih mereka dengan kejayaan...gembirakan hati mereka...himpun lah sebanyak mana ilmu yang ada di universiti dan rasailah sendiri keseronokan alam kamous...apa yang penting adalah menimba ilmu...jauhi lah individu2 yang ingin menyesongkan pemikiran adik2 sekelian...harap agar adik2 akan berjaya dengan cemerlang dan akan menjadi warga USM yang terbilang...

PENAT VS SERONOK

assalamualaikum semua..
alhamdulillah, akhirnya ada juga sedikit ruang yang diberi oleh ALLAH SWT untuk penulis menambah artikel di blog penulis ini...sebagai PPMS, terlalu banyak kerja yang perlu di siapkan..objektif utama bukanlah mencari ganjaran atau nama..tetapi hanya niat ikhlas untuk membantu adik2 yang baru sahaja mendaftar di USM...hari pertama merupakan hari yang paling memenatkan...penulis terpaksa berjaga di satu kawasan selama hampir 5 jam...tugas penulis ialah membantu adik2 bersama ibu bapa mereka untuk melakukan pendaftaran...memang memenatkan..kaki penulis terasa sakit dan lenguh..tetapi rasa sakit itu hampir tidak dirasai dek kepuasan kerana dapat membantu adik2 yang disayangi...bermacam ragam dan aksi yang dapat penulis lihat sepanjang hari pertama...ada adik2 yang datang bersama keluarga..dan ada juga yang datang bersama kawan2...ada juga segelintir pelajar baru yang datang berseorangan..terima kasih buat pihak pengurusan universiti kerana telah menyediakan kemudahan pengangkutan buat pelajar2 baru yang datang menggunakan pengangkutan awam....penulis harap agar adik2 sekelian telah menanamkan azam di hati untuk menimba ilmu dengan bersungguh sungguh...jangan lupa semua jasa kedua ibu bapa kita..balas segala penat jerih mereka dengan kejayaan...gembirakan hati mereka...himpun lah sebanyak mana ilmu yang ada di universiti dan rasailah sendiri keseronokan alam kamous...apa yang penting adalah menimba ilmu...jauhi lah individu2 yang ingin menyesongkan pemikiran adik2 sekelian...harap agar adik2 akan berjaya dengan cemerlang dan akan menjadi warga USM yang terbilang...